Skip to main content

Ayoh

Tipulah andai aku katakan tiada sedikit pun perasaan sedih yg dirasakan.
Tipulah jika aku katakan aku tidak rindu pdnya.
Tipulah andai aku katakan yg aku ini kuat.

Hanya Allah shj tahu apa yg aku fikirkan & bagaimana keadaanku di saat itu. 


Siapalah aku utk menolak takdir ini. 

Siapalah aku utk salahkan ketentuan-Nya ini. 

Ayoh hanyalah pinjaman drpdNya.

Tidak berhak utk aku marah apabila Sang Pemilik mengambil kembali hakNya. 

Meskipun begitu aku cukup bersyukur, 

Sungguh Allah itu Maha Penyayang. 

Dia telah meminjamkan selama 24 tahun ini,

Seorang bapa yg cukup sempurna. 

Seorang bapa yg begitu penyayang. 

Seorang bapa yg sgt bertanggungjawab.

Seorang bapa yg menjadi contoh teladan yg terbaik utk anak2nya. 


Cukup utk aku katakan, 

Tiada satu hari pun,

Dia membiarkan keluarganya dlm kelaparan. 

Tiada satu hari pun, 

Dia membiarkan anak2 dan isterinya dlm kesedihan.

Dialah antara insan pertama yg tersenyum & bangga atas kejayaan anak2 nya. 

Dialah antara insan pertama yg ada disaat anak2nya dlm kesusahan. 


Ayoh, 

Dialah insan yg paling tidak pentingkan diri yg pernah aku kenal.

Lelaki pertama yg bertakhta di hati ini.

Dan akan selama2nya berada di tempat paling istimewa di hatiku. 


Meski tidak sempat utk aku menatap wajahnya utk kali terakhir. 

Meski tidak sempat utk aku memeluk & mencium wajah tampannya utk kali terakhir. 

Tapi aku cukup bersyukur dan kagum dgn pemergiannya.

Beratus orang mendoakan permegiannya.

Berpuluh org memberi tahu kebaikannya yg tidak pernah kami tahu. 


Sungguh aku rindu melihat senyumannya. 

Sungguh aku rindu mendapat hantaran sms “selamat pagi berserta doa” drpdnya.

Sungguh aku rindu mendapat pesanan nasihat drpdnya.

Sungguh aku rindu ingin menelefon & mendgr suaranya. 

Tapi aku tahu  rindu ini rindu yg takkan pernah dpt aku lepaskan


Comments

Popular posts from this blog

Isi Hati Yang Dipendam

  HI.. My blog Yeah I know its been so long since the last time I wrote here. For the past few months until now. It was so hard for me.  It was hard after my father passed away.  Everything I need to rely on me.  Aku tahu ramai lagi yang lagi susah daripada aku.  Tapi, aku tak boleh nak tipu ianya sangat sukar untuk aku.  Apa perasaan orang lain, kalau diorng kat tempat aku.  Simpan duit Rm4k+ , hasil duit simpanan masa aku belajar, sanggup ikat perut, tahan diri daripada beli makanan sedap2, semata2 demi impian aku nak pergi oversea. Pergi bercuti dekat kakak aku. But at the end, kau perlu say goodbye dekat duit yang kau simpan tu, guna duit tu utk komitment lain, sebab kau dah takde ayh utk kau rely on. Aku perlu guna duit tu, utk aku beli tiket flight konvo, sewa kete time konvo, bayar yuran konvo, gambar konvo dan banyak lagi. Terlalu banyak bende yang aku perlu  sorang diri. Fikir sorang2. Sebab aku dah takde ayh Orang mungkin cakap, aku kan ...

FREEDOM

Its being a year+ already since i knew the truth. But still, it is hard for me to move on from this feeling Since i keep it with me for almost 4 years.  I know it is not worth it  Waiting for him anymore He already had a girlfriend I know Im just torturing myself Right now. But i cant control it I cant control my mind From thinking about him I cant control my heart To stop loving him  I dont know When is the time That i can be free  From this feeling, Memories, and him. But i hope  And keep hoping That someday  I can be free And fly as high as i want

Jauh di sudut hatiku

  Pada awalnya, aku ingat aku kuat.  Sungguh redha itu bukan semudah yg aku fikirkan.   Aku cuba berlagak kuat di dpn semua org.  Aku cuba mengaburi mata semua org yg aku baik2 sahaja.  Berjaya lulus dlm peperiksaan akhir tanpa sempat utk aku memberitahu insan yg paling ingin melihat kejayaan aku.  Menghadiri konvokesyen tanpa kehadiran seseorang yg sgt istimewa dlm hidupku.  Bergambar tetapi tanpa kehadiran seorang ayah.  Ya,, jauh di sudut hatiku.  Aku pun ingin ayah ada di saat aku mendapat tahu aku berjaya lulus dlm final exam.  Aku pun mahukan ayah hadir pada hari konvokesyen ku.  Aku pun nak bergambar dgn mak & ayh.  Sama seperti kakak2 & abang2 ku yang lain.  Itulaa saat yg paling aku impikan selama 5 tahun aku berada dlm medical school.  Sejak pemergian ayah.  Aku merasakan yg aku perlu menjadi seorang yg independent.  Tiada lagi tempat utk aku bergantung. Tiada lagi tempat untuk aku mengadu....