Pada awalnya, aku ingat aku kuat.
Sungguh redha itu bukan semudah yg aku fikirkan.
Aku cuba berlagak kuat di dpn semua org.
Aku cuba mengaburi mata semua org yg aku baik2 sahaja.
Berjaya lulus dlm peperiksaan akhir tanpa sempat utk aku memberitahu insan yg paling ingin melihat kejayaan aku.
Menghadiri konvokesyen tanpa kehadiran seseorang yg sgt istimewa dlm hidupku.
Bergambar tetapi tanpa kehadiran seorang ayah.
Ya,, jauh di sudut hatiku.
Aku pun ingin ayah ada di saat aku mendapat tahu aku berjaya lulus dlm final exam.
Aku pun mahukan ayah hadir pada hari konvokesyen ku.
Aku pun nak bergambar dgn mak & ayh.
Sama seperti kakak2 & abang2 ku yang lain.
Itulaa saat yg paling aku impikan selama 5 tahun aku berada dlm medical school.
Sejak pemergian ayah.
Aku merasakan yg aku perlu menjadi seorang yg independent.
Tiada lagi tempat utk aku bergantung.
Tiada lagi tempat untuk aku mengadu.
Tiada lagi orang yg aku boleh berlindung.
Tiada lagi orang yg mengangkat telefon mendengar aku menangis.
Aku tak rasa ada yg faham pun keadaanku ini.
Buang masa sahaja untuk aku bercerita pd sesiapapun.
Walhal kawan baik mahupun ahli keluarga sendiri.
Tiada siapa yg faham &
Tiada siapa yg cuba untuk memahami.
Kerna itu aku memilih untuk berdiam.
Aku memilih untuk memendam.
Emosi yg aku pendam ini
Seringkali membuatku berfikir untuk pergi..
Pergi dari semua org, pergi dari dunia ini.
Kerna aku tak lagi rasa perlunya keberadaanku di sini.
Comments
Post a Comment