Hai Assalamualaikum my blog ..
Dah lama aku tak menulis. Entah kenapa tiba2 aku rasa hari ni aku nak menulis.
Hari ini merupakan 15 Ramadhan. Rasa macam semalam baru 1 Ramadhan.
Cepat betul masa berlalu.
Rutin harian aku seperti biasa, selesai berbuka puasa, aku terus bersiap untuk pergi ke surau bagi menunaikan solat isyak, dan terawih berjemaah.
Setibanya aku di surau, aku menyusun sejadah & telekung solat yang sedikit berterabur menurut pandangan mataku. Tidak lama selepas itu, azan berkumandang. Menandakan sudah masuk waktu fardhu isyak.
3 minit berlalu..
" Allahu Akhbar" laung imam. Menandakan sudah mula solat isyak berjemaah.
Aku kenal suara orang yang menjadi imam pada hari ni. Entah kenapa seolah2 aku merasakan ada perasaan suka yg mula berputik dalam hati aku kepada si pemilik suara itu.
Aku sudah mengenalinya sejak aku di peringkat asasi lagi, iaitu 6 tahun yang lepas. Aku kenal si dia kerana dia merupakan teman sekelasku. Senang cerita aku gelarkan si dia dengan gelaran "D".
Aku tak pernah ada sedikit perasaan suka pun kepada D. Meskipun aku tahu D merupakan seorang hafiz al quran dan seorang pelajar yang bijak.
Ianya mungkin kerana D berkawan dengan kawan2 yang agak nakal. Jadi aku berfikir D pun seperti itu. (Ya, aku tahu aku tidak patut judge org daripada luarannya). Tambahan pula, ketika itu hati aku sudah dimiliki oleh seseorang.
Sambungan....
Comments
Post a Comment