Assalamualaikum wbt & Hai..
I just want to share something today since dh lama jugak aku tak menulis kat blog ni.
Actually semalam was a bad day for me. Masa tu aku tgh tido & suddenly my best friend came into my room and informed me that I was the only one who was not register the course yet. Dengan air liur basi yang masih berbaki di mulut aku, aku terus bangun untuk check betul atau tak information yg aku baru dengar itu. Setelah beberapa minit, ternyata memang betul yg aku tak daftar course lg. Aku terkejut sangat masa tu, sebab seingat aku, aku memang dh daftar course sblm ni, & i’m really sure about that! Kenapa tetiba jadi macam ni plak. Dah la tarikh utk daftar course dah tamat. And i’m sure that I will be penalized. Nak kene tulis surat bagai, tunggu sign dari dekan & paling aku tak puas hati adalah kene bayar rm100 ! RM100 means a lot for me, it is not a small amount for someone like me.
Selera makan aku terus hilang hari tu... Aku tak rasa nak makan langsung walaupun sebenarnya aku sgt lapar sebelum aku dapat tahu berita tu. Yes! Aku betul2 tak makan untuk satu hari itu. Aku just tido, bangun solat, then tido balik. Sebab kepala aku terlalu penat untuk layan setiap persoalan yg terlintas di fikiranku So I made a decision just to sleep peacefully for the whole day.
Aku tahu aku ade ramai kawan baik di sisi aku. Tapi aku tak rasa untuk bercerita hal ini dengan diorang. Cukup la aku pendam semuanya sendiri. Aku tak mengharapkan apa2 pon dari diorg. Kerana aku takut perkara yg sama akan berulang lagi. Aku takut untuk kecewa untuk kali ke berapa pon aku tak ingat, Kecewa apabila apa yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.
Esok pagi tu aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Selesai aku solat subuh, aku ke ruang tamu untuk mengaji. Aku cukup terkejut, apabila aku ternampak ade paper bag yg berisi hadiah di atas mejaku. Di luar paper beg itu, ade satu kertas kuning yg tertulis " I Love U..." Ku sangkakan kawan2 aku tidak menghiraukanku, tetapi perkara yg sebaliknya terjadi. Aku cukup tersentuh kerana selalunya akulah yg akan sentiasa bg something kalau kawan baik aku tengah sedih, tapi kali ni org lain buat perkara yg sama pada aku.
Terima Kasih Sahabat kerana telah menceriakan pagiku...

Comments
Post a Comment