Hati aku meronta-ronta
Ingin meluahkan segala isi
Yang kian lama terpendam
Tapi,
Bibir aku terus terkutup
rapi
Menghalang hati daripada
Mengeluarkan segala isinya
Kerna ia takut
Andai isi itu dimuntahkan
Banyak hati yg akan
tersinggung
Dan banyak hati yg salah
fhm…
Bukan sengaja bibir
membiarkan
Hati terus lemas dan disakiti
Tapi,
Kenangan semalam itu
Telah memberikan pengajaran
Yang cukup berharga
Agar bibir dan hati tidak bertindak
Tanpa bertanya dahulu pada
Pihak yg berada di tempat
yg tinggi
Iaitu otak kerana kelebihan
otak
Adalah ia mempunyai akal
Yang dapat menghalang
Sesuatu yg lebih buruk berlaku…
_FiiHeart_
Comments
Post a Comment