Duhai Teman,
Diamku tdk bererti aku
mengiyakan semua bicaramu.
Kadang aku membiarkan
sahaja
Biarkan engkau
berkata-kata
Agar,
Engkau merasa puas dapat
meluahkan segala isi hatimu.
Meskipun sebenarnya,
Ingin sahaja aku berkata
perkara yg sebenar.
Teman,
Seringkali aku mempamerkan
wajah yg tenang
Saat aku meluangkan masa bersamamu
Meski waktu itu,
Hatiku sedang menangis
kesakitan
Kerna aku tidak ingin
Engkau turut tersakiti
Dengan apa yg aku lalui.
Teman,
Apabila aku tersenyum
Sebenarnya aku sedang
Sembunyikan air mataku
Yg hampir mengalir
Kerana aku takut
Aku takut andai air mataku
jatuh
Segala memori pahit yg
pernah aku alami
Akan kembali terulang.

Comments
Post a Comment