Assalamualaikum wbt & Hai...
Kali ni aku nak bercerita pasal patient yg aku kenal ketika medicine posting.
Nama M , berumur 23 tahun (one year older than me) & berasal dari Sarawak. M dimasukkan ke hospital disebabkan muntah berdarah, demam,
batuk yg berterusan, dan kurang selera makan mengakibatkannya mengalami
penurunan berat badan yg mendadak.
Ketika aku bertemu dgn M, dah hampir 1 bulan M admitted in the
hospital.
Mula-mula M disahkan menghidap Infective Endocarditis (aku
akan cerita dlm entry lain about this). Selepas 2 minggu, M disahkan pula
menghidap pulmonary oedema (both of his lungs), selain itu M juga menghidap
Hepatitis C & disyaki menghidap Leptospirosis.
Sepanjang perkenalan aku dgn M, apa yg aku boleh kongsi &
belajar daripada M adalah;
·
M seorg yg sangat peramah
Aku selalu nampak M berbual dgn pak cik2 & mak cik2 dekat
dalam ward, bukan itu sahaja hampir semua doktor & nurse dekat ward 4 kenal
M dek kerana sikapnya yg peramah.
·
M seorg yg suka membantu
Seringkali ketika aku datang ke ward untuk mencari pesakit (for
BST), aku pasti nampak M membantu pesakit2 yg berada di dalam ward itu. Antaranya,
M tolong ambilkan air utk pak cik, tlg pak cik yg x pandai guna handphone utk
menelefon ahli keluarganya, tlg pak cik yg nak bangun dari katil & byk lagi.
·
M seorg yg baik & cooperative
Masih aku ingat dek krn M menghidap byk penyakit. Jdnya, M telah
menjadi tempat utk kami student medic ni utk practice physical examination. Walaupun
M telah diperiksa oleh ramai student, M tidak pernah marah & dia selalu
memberi kerjasama yg sebaiknya kerana M tahu yg kami ingin belajar.
·
M seorg yg tabah
Meskipun M menghidap penyakit2 yg agak kronik, tapi tidak
pernah aku melihat raut wajah yg sedih di wajah M. Apa yg aku lihat hanyalah
senyuman yg manis.
·
M seorg yg bertanggungjawab
M pernah bercerita pd aku yg dia bekerja since usianya 14
tahun kerana dia berasal dari keluarga yg agak susah. Kata M dia akan memberikan
separuh drpd gajinya kpd kelurganya di kampung.
Itu sahaja penulisan aku kali ni mengenai M. Bagi aku M merupakan kawan yg sangat baik & ceria.
Thank you & wassalam 😊

Comments
Post a Comment